MAINTAIN COMPUTER SYSTEM UNIT

PENGENALAN
Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software).  Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya.  Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan berbagai­bagai tugas.

Komputer Sistem Asas
Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencana atau kaedah-kaedah mudah.

Penyelenggaraan pembetulan (corrective maintenance)
Proses penyelenggaraan pembetulan (corrective maintenance) haruslah dilaksanakan mengikut prosedur logical yang betul. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan komputer menjadi tidak berfungsi atau rosak dan juruteknik mestilah mengetahuai dan mengenalpasti serta membaiki setiap kerosakan yang berlaku. Kadangkala masalah ini hanya disebabkan oleh sesuatu perkakasan yang longgar.
 
Langkah-langkah untuk penyelenggaraan pembetulan

Langkah-Langkah untuk penyelenggaraan masalah

1.    Kenalpasti masalah
•    Sebelum membuka cover CPU atau mencabut kabel, pastikan betul-betul kerosakan computer tersebut.
•    Bertanya kepada pelanggan dan catatkan masalah yang berlaku.
•    Selidik dari pelanggan dan tanyakan apa yang berlaku sebelum masalah itu terjadi.
•    Menyuruh pelanggan melakukan demonstrasi masalah tersebut

2.    Periksa perkara yang mudah dahulu
•    Adakah komputer telah disambungkan?
•    Adakah komputer telah di'on'kan?
•    Adalah terdapat operating system?

3.    Periksa sekiranya masalah tersebut disebabkan oleh kesalahan pengguna sendiri

4.    Restart Komputer

5.    Pastikan sama ada masalah tersebut pada perkakasan atau perisian
•    Adakah masalah terjadi apabila sesetengah perisian dibuka?
•    Adakah masalah terjadi dengan sendirinya?

6.    Sekiranya masalah tersebut disebabkan oleh perkakasan, pastikan perkakasan yang mempunyai masalah itu.

7.    Sekiranya perubahan dilakukan tidak menyelesaikan masalah, tukar kembali pada keadaan asal.

8.    Sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan, dapatkan bantuan daripada yang pakar.

No comments:

Post a Comment