PENGENALAN
Virus komputer adalah program komputer yang ditulis untuk
menulari komputer tanpa sepengetahuan pemilik dan sebahagian besar merugikan.
Virus komputer dapat menggandakan dirinya secara automatic. Perkataan ‘virus’
adalah berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘racun’. Virus telah
diketahui oleh manusia lebih 20 tahun dahulu. Tetapi mengikut rekod, virus komputer
yang pertama telah dicipta pada tahun 1985 oleh 2 orang adik beradik iaitu
Anjal dan Basit dari Lahore, Pakistan dimana mereka mencipta virus ini adalah
sebagai pelindung kepada perisian yang telah mereka cipta dari ditiru atau
disalin oleh orang lain. Virus pertama yang direkodkan ini digelar ‘Brain’.
Virus komputer tidak benar-benar mengancam sehinggalah awal tahun 1990an,
kerana komputer telah mula digunakan secara meluas ketika itu. Tambahan pula
virus-virus terawal ini agak lambat untuk melakukan replikasi kerana ia
bergantung kepada pergerakan darpada sebuah komputer ke sebuah komputer yang
lain menerusi disket. Apabila lebih ramai orang menggunakan rangkaian, emel dan
capaian Internet semasa tahun 1990an, maka virus semakin mudah untuk
disebarkan. Asal usul wujudnya virus adalah berdasarkan terminology berikut :
1949, John Von Neuman, mengungkapkan “teori self sharing
automata” yang merupakan hasil riset dari para ahli matematik.
1960, makmal BELL (AT&T), para ahli di makmal BELL
(AT&T) menguji teori yang diungkapkan oleh John Von Neuman. Mereka menguji
teori tersebut untuk suatu jenis permainan, Para ahli tersebut membuat program
yang dapat memperbanyak dirinya dan dapat menghancurkan program buatan lawan.
Program yang mampu bertahan dan menghancurkan program semua program lain, maka
akan dianggap sebagai pemenangnya. Permainan ini akhirnya menjadi permainan
kegemaran di setiap makmal komputer. Semakin lama, mereka pun sedar dan mulai
mewaspadai permainan ini kerana program yang diciptakan makin lama semakin
berbahaya, sehingga mereka melakukan pengawasan dan pengamanan yang ketat.
1980, program tersebut yang akhirnya dikenal dengan nama
virus ini berhasil menyebar di luar lingkungan makmal, dan mulai beredar di
dunia cyber.
DEFINISI VIRUS KOMPUTER
Dalam istilah komputer, virus komputer ditakrifkan sebagai
sejenis program parasit yang ditanam di dalam salah sebuah perisian atau
program. Kebiasannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam
disk yang dinamakan “boot sector”. Apabila kita menjalankan atau melarikan
perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang
dijangkiti ia akan mengaktifkan virus tersebut. Virus komputer berupaya merebak
melalui disket atau rangkaian. Pada tahun 1983, penyelidik Fred Cohen
mendefinisikan virus komputer sdebagai “satu program yang berkebolehan
menjangkiti program-program lain dengan mengubah mengikut supaya merangkumi
versinya sendiri”. Sebagai sebahagian daripada permainan ini, kebanyakan virus
juga cuba mengelak daripada dikesan sama ada dengan mengenkripsikan diri mereka
atau dengan mengubah sedikit setiap kali mereka menyalin diri. Merujuk definisi
yang diberikan oleh Fred Cohen, virus komputer merupakan program komputer yang
berupaya menjangkiti komputer lain melalui pengubahsuaian termasuk penyalinan
diri.
Virus adalah subersif program komputer yang boleh
mengakibatkan fail komputer mengalami kerosakan atau terhapus dan mungkin
menukar tingkahlaku operasi komputer. Ianya berkait rapat antara satu sama lain
iaitu sejenis program yang membolehkan ia membuat salinan dengan melekat
dirinya kepada perisian-perisian lain dan boleh menyebabkan keseluruhan sistem komputer
tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan kehilangan fail atau data. Ia
memiliki keupayaan parasit, boleh bercantum dengan sector boot atau fail di
dalam komputer lalu bertindak sedemikian. Selain itu, virus komputer juga
merupakan sebuah aturcara atau program yang berupaya menyerang dan merosakkan
fail-fail komputer yang dijangkitinya. Ia akan bertukat dan membiak dengan
sendirinya. Kata kunci di sisni adalah membiak (the ability to reproduce
itself) dan memerlukan host. Virus menyelitkan dirinya kepada fail (biasanya
fail aplikasi seperti program pemprosesan kata atau program DOS). Lazimnya,
virus tidak menjangkiti fail data. Namun fail data mungkin mengandungi kod
laksana seperti makro yang boleh menyebarkan virus. Fail teks seperti fail
batch, postscript dan kod sumber yang mengandungi arahan komplikasi/ terjemahan
oleh program lain juga merupakan pembawa virus
Manakala, menurut David Harley dalam halaman webnya yang
terpapar dalam CD In-Tech 5 keluaran The Star, virus merupakan program (blok
kod yang boleh dilarikan) yang menyelit, menulis dan menggantikan program lain
untuk membiak tanpa penggunaan pengguna PC. Virus yang patut kita bimbangkan sebenarnya
melakukan lebih daripada setakat menyalin diri sendiri. Kira-kira 5% virus
mempunyai bebanan (payload), satu set arahan yang direka untuk mengganggu
proses pengkomputeran normal. Bebanan tersebut mampu mengaktifkan apa saja
daripada mesej terpancar yang tidak membahayakan hinggalah kepada penulisan
semula sepenuhnya FAT (File Allocation Tables) – mengakibatkan pengguna
kehilangan semua data cakera keras.
Virus lazimnya menggunakan jam dalaman komputer untuk
pergerakan bebanan pada sesuatu tarikh tertentu. Pengaturcara berniat jahat
(malicious) kadang-kadang merahsiakan arahan merosakkan dalam perisian yang
kelihatan normal.
Aktiviti virus dicetuskan oleh 2 faktor iaitu
- Bom masa – dicetus oleh factor masa atau bilangan kali komputer diboot. Contohnya : virus Michelangelo yang menjadi aktif setiap 6 Mac, harijadi pelukis terkenal ini.
- Bom logic – tercetus apabila peristiwa tertentu berlaku seperti arahan tertentu dilaksanakan atau data tertentu diubah, dicipta atau dihapuskan. Contoh aplikasinya adalah seorang juruprogram yang mengesyaki dirinya akan dibuang kerja. Beliau mencipta bom logic yang akan menjadi aktif sekiranya status kerjanya diubah ke ‘terminated’.