INSTALL APPLICATION SOFTWARE



PENGENALAN
Perisian Aplikasi merupakan perisian yang selain daripada perisian sistem pengoperasian (Operating System) dan utiliti dan digunakan khas bagi aplikasi-aplikasi yang khusus . Ia juga merujuk kepada perisian- perisian yang sering dijual di serata pelusuk dunia biasanya dalam bentuk cakera padat (CD) ataupun cakera liut.

JENIS – JENIS PERISIAN APLIKASI

1.    Perisian Projek
Perisian Projek ( Enterprise software ) merujuk keperluan proses organisasi dan flow chart yang sering dalam ekosistem yang besar. Contohnya Financial Customers Relationship Management dan Supply Chain Management.

2.    Perisian Projek Infrastruktur
Perisian Projek Infrastruktur ( Enterprise infrastructure software ) menyediakan individu untuk membuat system perisian projek. Contohnya database , e-mail server dan Network and Security Management.

3.    Pengkalan Data / ‘Databases’
Perisian yang popular adalah seperti Dbase IV, Direct Access , Paradox dan Fox Bases. Perisan ini menyediakan medan-medan data untuk menguruskan data yang seragam atau maklumat berbentuk senarai. Dibawah ialah contoh perisian aplikasi pengkalan data keluaran syarikat Microsoft. Lihat gambarajah 1.0


Gambarajah 1.0

4.    Perisian E-Mel
Kandungan e-mel dikendalikan oleh perisian e-mel. Terdapat banyak jenis perisian e-mel yang boleh digunakan. Jenis yang anda gunakan bergantung kepada banyak faktor, yang paling utama ialah jenis sistem pengoperasian yang digunakan. Jika anda mengguna sistem pengoperasian yang mempunyai kebolehan rangkaian dalaman (seperti UNIX), maka perisian e-mel telah tersedia dalam sistem pengoperasian tersebut. Sebaliknya, jika perisian e-mel itu adalah salah satu daripada fungsi yang ditambah kepada sistem pengoperasian, maka e-mel itu merupakan atur cara yang ditambah. Sekarang ini melunsuri World Wide Web adalah satu kemestian kepada pengguna Internet. Justru itu, pelayar seperti Netscape Communicator, Mozilla Firefox, Opera dan Internet Explorer telah menyediakan kemudahan e-mel yang diletakkan bersama-sama dalam sistem mereka. Kini terbaru keluaran Microsoft ialah One Note. . Lihat gambarajah 2.0



Dibawah Ialah Contoh Logo Browser selain dari ‘Internet Explorer’

Gambarajah 2.0

5.    Perisian Informasi Pekerja
Perisian Informasi Pekerja ( Information worker software ) merujuk kepada keperluan individu untuk membuat dan mengawal informasi. Contohnya time management, resource management, documentation tools, analytical dan collaborative.

6.    Perisian Media dan Hiburan
Perisian Media dan Hiburan ( Media and entertainment software ) merujuk kepada keperluan individu atau kumpulan untuk membeli barangan digital dan mempaparkan conteks digital. Contohnya Windows Media Player, Winamp  Web Browser , Help Browser dan Games. gambarajah 3.0



Gambarajah 3.0



7.    Perisian Pelajaran
Perisian Pelajaran ( Education Software ) berkaitan dengan perisian media tetapi ia mempunyai keperluan untuk diperiksa.

8.    Perisian Pembangunan Media
Perisian Pembangunan Media ( Media development software ) merujuk kepada keperluan individu yang menyediakan cetakan dan media elektronik untuk dibeli. Contohnya Graphic Art Software , Desktop Publishing Software , Multimedia Development Software , Microsoft Publisher, HTML editor , Digital Amination editiors , Digital Audio dan Video Composition. Dibawah ialah contoh perisian untuk tujuan tersebut.




9.    Perisian Aplikasi Grafik ‘Graphics’
Perisian yang popolar adalah seperti MS Power Point, Corel Draw, MS Publisher, Harvard Graphic , Draw Perfect ,Print Shop , Instant Artis, Adobe Photoshop Cs  dan Print Artis. Perisian sebegini digunakan untuk menghasilkan kad jemputan, poster, slide, banner dan lain-lain lagi. Lihat gambarajah 6.0


Gambarajah 6.0

10.  Perisian Kejuruteraan
Perisian Kejuruteraan ( Product Engineering Software ) ialah membuat atau mengubahsuai bahan pekakasan dan perisian yang sedia ada. Contohnya Computer Aided Design ( CAD ), Computer Aided Engineering (CAE). Lihat gambarajah 7.0

Gambarajah 7.0


11.  Perisian Pemprosesan Perkataan
Program atau aplikasi yang terdapat dan digunakan pada komputer. Program  boleh digunakan sebagai alat penulisan yang berkuasa. Program ini  juga merupakan teknologi terkini yang memanipulasikan teks. Lihat gambarajah 8.0


Gambarajah 8.0

12.  Perisian Hamparan Elektronik (‘Spreadsheet’)
Perisian yang popular adalah seperti MS Excel , Lotus 123 dan Quattro Pro. Perisian ini menyediakan helaian kerja bagaikan satu muka kertas graf yang besar untuk menguruskan data-data berjadual. Ia begitu meluas digunakan untuk melaksanakan pengiraan dan menyediakan lapuran kewangan serta graf-graf pencapaian sesuatu perkara.Perisian ini membolehkan kerja dilakukan dalam satu hamparan. Maklumat akan disusun pada skrin monitor komputer yang bertindak sebagai hamparan elektronik. Hamparan ini adalah dalam bentuk jadual dua dimensi yang terdiri daripada lajur dan baris sel. Setiap sel boleh dimasukkan perkara seperti nombor, huruf atau arahan untuk melakukan sesuatu operasi. Kelebihan hamparan elektronik ialah seperti berikut :

·         Melakukan penghitungan yang rumit dengan cepat.
·         Mengalih atau menyalin data dari satu bahagian hamparan elektronik ke bahagian lain.
·         Menyusun data mengikut format yang dikehendaki.
·         Menyimpan, menyusun semula dan mendapatkan semula data atau maklumat dengan mudah.
·         Memaparkan maklumat dalam bentuk grafik.

Gambarajah 9.0 ialah satu contoh perisian Microsoft Excel


Gambarajah 9.0

13.  Perisian persembahan ( Powerpoint )

  • Digunakan untuk membuat sesuatu persembahan
  • Juga dipanggil slide show
  • Cth : Microsoft Power Point

Gambarajah 10.0


14.  Sut Perisian ‘Software suites’
  • Merupakan kombinasi beberapa perisian dalam satu pakej contohnya Microsoft Office (97, Xp, 2000, Arabic, 2003 dan 2003) lotus SmartSuites dan Corel WordPerfect.
  • Kebanyakan Suites Perisian yang popular mengintegrasikan pakej-pakej perisisan untuk pemproses perkataan ( Word, WordPro, WordPerfect), helaian elektronik (Excel, Lotus 1-2-3, Quattro Pro), perisian grafik dan persembahan (PowerPoint, Freelance, Presentations),  pangkalan data Access, Approach, paradox), dan pengurus maklumat peribadi (Outlook, Organizer, Corel Central)..Dibawah Ialah contoh Gambarajah Perisian
Kebaikan pakej perisian
·         Suites perisian adalah lebih murah berbanding membeli sesuatu perisian 
      secara berasingan.
·         Semua aturcara menggunakan antarmuka yang serupa dan berkongsi alatan yang sama  (pemeriksa ejaan), oleh itu meningkatkan produktiviti.
·         Aturcara-aturcara juga boleh diimport oleh aturcara lain.

Keburukan

·         Tidak semua kemudahan digunakan oleh pengguna.
·         Memerlukan ruang storan yang besar.
·         Kos untuk menaiktaraf ke versi terbaru adalah tinggi

15.  Perisian Aplikasi sumber terbuka
Perisian jenis ini ialah perisian yang tidak sesekali mempunyai perjanjian lesen untuk pengguna akhir dimana perisian jenis ini dikategorikan sebagi perisian percuma dan boleh digunakan oleh semua tanpa batasan.penciptanya membenarkan pengguna meuat turun dari ionternet secara percuma dan cara pembagunannya juga bebas dan kod aturacaranya boleh dikongsi oleh semua. Dibawah ialah gambarajah 11.0


Gambarajah 11.0

No comments:

Post a Comment