Apakah Itu ‘Driver’?
’Driver’ ialah satu perisian yang dibenarkan oleh Syarikat
Microsoft® Windows® (atau lain-lain jenis ‘Operating
System’ untuk berkomunikasi dengan seluruh perkakasan dalam sesebuah sistem
komputer. Peranti tersebut seperti papan induk, kad grafik, modem dan kad bunyi
yang melibatkan ‘driver’ berkaitan untuk berfungsi dengan baik bersama
Windows (Cd Operating Sistem contoh seperti Windows Me, Xp dan Vista).
Kadangkala Operating System juga menyediakan
‘drivers’ . Namun begitu ‘drivers’
perlu di muat turun secara berasingan mengikut pengeluar produk berikut dan di
pasang mengguna wizard yang disediakan bersama dengan ‘drivers’ tersebut.
Fungsi ‘Driver’
‘Driver’
atau pemacu bertindak sebagai jambatan
untuk komputer dan perkakasan berfungsi dengan baik. Sistem yang seragam
atau kadangkalaa tergantung, Besar kemungkinan berpunca dari kesilapan ‘driver‘ atau fail ‘driver’ yang dicemari virus.
Buang dan pasang semula ‘driver’ sekali lagi dapat membetulkan keadaan. Lihat
Gambarajah 1.0 dibawah.
Gambarajah 1.0
Unit sistem
dalam gamabarajah 1.0 akan beroperasi menghantar data berulang alik dengan
perkakasan- perkakasan lain dalam komputer melalaui bas dan sebagainya. Fail ‘driver’ atau pemacu yang di bekalkan
oleh pengeluar akan memberi kerjasama yang padu pada unit sistem agar semuanya
berjalan dengan sempurna. Kesilapan driver boleh membuat sistem tergantung atau
monitor gelap tanpa sebarang tindabalas. Pemasangan ‘driver’
semula adalah jalan penyelesaian.
Muat turun ‘driver’ atau pemacu.
Juruteknik
perlu berhati-hati dalam memuat turun driver kerana tidak semua pemacu sama
fungsinya dan fail penyambung (Extension
file) bagi driver biasanya ialah (*.inf). juruteknik perlu melihat jenis
papan induk yang digunakan sebelum memuat turun sesuatu perisian. Lihat
gambarajah 2.0 sbagai contoh cip.
Gambarajah 2.0
Jika
driver yang anda masih belum pasang akan timbul tanda soal berwara kuning,jika ‘corrupt’ berwaran hijau dan jika
berwarna merah mungkin anda ‘disabled’
bagi perkakasan tersebut. Anda boleh lihat dalam Control Panelà System Propertiesà kekisi Hardware à Device Manager. Atau klik kanan
pada MyComputeràProperties Lihat Gambarajah 3.0 dibawah.
Gambarajah 3.0
Gambarajah
4.0 menunjukkan antaramuka ‘ Device Manager ’ bagi Vista & 7
Gambarajah 4.0
No comments:
Post a Comment