Apabila orang memikirkan tentang komputer,
mereka selalunya memikirkan tentang perkakasan seperti papan kekunci, monitor, pemproses dan lain-lain.
Bagaimanapun, sebenarnya perisian iaitu
set suruhan terancang dan langkah demi langkah adalah diperlukan untuk menukar
data menjadi maklumat yang membuatkan komputer berguna.
Umumnya, perisian boleh dikategorikan
sebagai perisian sistem atau perisian aplikasi. Bagaimanapun, perisian sistem
jarang diperkatakan; lazimnya perbincangan berkisar tentang subset perisian
sistem yang dikenali sebagai sistem pengoperasian. Sistem pengoperasian adalah
perisian asas yang terdapat pada semua komputer.
Sebenarnya perisian sistem terbahagi
kepada sistem pengoperasian,atur cara utiliti, pemacu peranti dan penterjemah
bahasa. Sistem pengoperasian mempunyai beberapa fungsi dan ciri-ciri seperti
multi tugasan, multipengguna multipemproses dan lain-lain Ada banyak jenis
sistem pengoperasian di pasaran dan setiap satu mempunyai kelebihan dan
kekurangan tersendiri. Windows adalah sistem pengoperasian komputer peribadi
yang paling popular dan dibangunkan oleh syarikat Microsoft.
Unix pula banyak
digunakan pada sistem pelayan. Linux pula mempunyai beberapa ciri-ciri Unix dan
semakin popular kerana ia adalah sistem pengoperasian yang percuma dan boleh
harap.
Perisian komputer dibangunkan dengan
bahasa pengatur caraan. Beberapa bahasa pengatur caraan yang popular seperti C,
C++, Java dan lain-lain.
SISTEM
PENGOPERASIAN ( OS)
Sistem pengoperasian
ialah sekumpulan program komputer yang mengawal sumber sesebuah sistem
komputer, melaksanakan arahan komputer dan juga menguruskan data-data. Setiap
sistem komputer sama ada besar atau kecil mempunyai sistem pengoperasian dan
setiap sistem pengoperasian mempunyai tiga fungsi asas iaitu menguruskan
sumber, membekalkan antara muka dan menjalankan aplikasi seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah
Rajah 2-2 Tiga fungsi asas sistem pengoperasian
FUNGSI SISTEM PENGOPERASIAN
Amnya, fungsi sistem pengoperasian adalah
Menyediakan antara muka kepada pengguna untuk menggunakan
komputer. Terdapat dua jenis antara muka: antara muka baris- perintah dan
antara muka grafik.
1) Dengan menggunakan
antara muka baris-perintah, pengguna perlu menaip perintah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 23. Contoh sistem pengoperasian berasaskan baris
perintah adalah MS-DOS yang amat popular pada 80-an.
·
Kini bilangan komputer yang menggunakan antara muka baris
perintah semakin berkurangan.Ianya masih digunakan dalam sistem kerangka utama
dan juga system pelayan yang menggunakan platform UNIX.
·
Tren sistem pengoperasian komputer menuju kepada
persekitaran mesra pengguna dan berorientasikan grafik yang dinamakan antara
muka grafik.
·
Antara muka grafik bergantung kepada perisian berasaskan
grafik yang membolehkan teks disepadukan dengan imej grafik.
·
Antara komponen dalam antara muka grafik (GUI) adalah ikon, kotak dialog dan menu.
Contoh perisian yang menggunakan antara muka grafik adalah seperti BeOS,
Macintosh dan Windows.
·
Pengguna GUI berinteraksi dengan sistem pengoperasian dan
lain-lain pakej perisian dengan menggunakan peranti penuding seperti tetikus
dan papan kekunci untuk memasukkan arahan.
·
Kini pengguna tidak perlu menaip setiap baris perintah,
pengguna hanya perlu membuat pilihan dari paparan pada skrin.
·
Pengguna menggunakan tetikus untuk memanipulasi ikon, kotak
dialog dan menu. Dalam GUI, ikon adalah imej grafik yang mewakili sesuatu
aktiviti pemprosesan. Sebagai contoh, pengguna mungkin memilih ikon "tong
sampah” untuk menghapuskan fail dari storan.
·
GUI mula diperkenalkan dalam tahun 1983 pada komputer
Macintosh. GUI banyak memudahkan pengguna di mana kini pengguna tidak perlu
menghafal dan memasukkan arahan rumit seperti yang ditunjukkan dalam rajah
dibawah
Antara muka grafik
2) Menguruskan perkakasan seperti
komponen-komponen input (tetikus,papan kekunci,pengimbas), output (pencetak,
skrin, audio, video), storan sekunder (cakera keras) dan ingatan utama (RAM).
Sistem Pengoperasian berfungsi untuk menyelaras dan menjejaki/mengikuti atur
cara mana yang memerlukan perkakas mana.
3) Menguruskan sistem
fail cakera keras. Sistem pengoperasian menguruskan perjalanan data dari
komponen input (papan kekunci) kepada output (monitor) dan dari storan sekunder kepada ingatan utama serta dari ingatan
utama kepada storan sekunder.
4) Menguruskan proses
atau perjalanan perisian yang lain. Andaikan pelaksanaan satu perisian sebagai
satu proses.
•
Jika pengguna menggunakan tiga perisian serentak
(contohnya, menghasilkan grafik dengan CorelDraw, melayari Internet dengan Internet Explorer dan mendengar muzik dari Internet dengan RealAudio) maka terdapat tiga proses yang berbeza
sedang dilaksanakan dalam komputer.
•
Sistem pengoperasian bertanggungjawab agar ketiga-tiga
proses tersebut berjalan lancar dan tidak berlaku apa-apa yang boleh
menyebabkan pemprosesan komputer tergantung.
•
Lain-lain fungsi utama sistem pengoperasian adalah seperti
berikut :-
a. Untuk membantu
interaksi antara komputer dan pengguna.
b. Untuk membantu
komunikasi antara komponen-komponen komputer.
c. Untuk mengurangkan
masa bagi menjalankan arahan pengguna
d. Untuk mengoptimakan
penggunaan sumber sistem komputer
e. Untuk menjejak semua
fail dalam storan cakera.
f. Untuk memastikan
keselamatan kepada sistem komputer.
g. Untuk memantau semua
aktiviti sistem dan memberi kepada pengguna tentang sebarang masalah pada
sistem.
CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN
Setiap sistem pengoperasian mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Malah kemampuansetiap sistem juga berbeza. Antara ciri-ciri utama untuk satu
sistem pengoperasianseperti multi tugasan ( Multitasking ), multipengguna (
Multiuser ), multipemprosesan ( Multiprossing ), Pelbagai Tema ( Multireading )
dan Pemprosesan Masa Nyata ( Real Time Processing ).
1.
Multi Tugasan ( Multitasking
)
Keupayaan sesuatu sistem komputer untuk
mengendalikan lebih dari satu tugasan pada satu masa secara serentak dikenali
sebagai multi tugasan. Sekiranya suatu sistem pengoperasian hanya membenarkan
satu tugasan dilakukan pada satu masa, sistem tersebut dikenali sebagai sistem pengoperasian
tugasan tunggal.
Multi tugasan membolehkan seorang pengguna
melaksanakan satu tugasan baru tanpa perlu keluar dari tugasan yang sedang
dilaksanakan dan menggunakan hasil dari tugasan kedua dalam tugasan pertama. Contohnya,
pengguna boleh menghasilkan carta dalam perisian hamparan semasa menggunakan
perisian memproses perkataan dan memasukkan carta tersebut dalam dokumen yang
sedang ditulis.
Sekiranya sistem
pengoperasian berkebolehan untuk membolehkan lebih dari satu pengguna mencapai
komputer pada satu masa, ia dikatakan mempunyai kemampuan multipengguna. Ia
membolehkan lebih daripada seorang pengguna menggunakan sesebuah sistem
komputer dalam satu masa. Terdapat operating system yang membenarkan lebih
daripada 100 malah 1000 pengguna secara serentak . Kebanyakkan komputer jenis
kerangka utama dan juga komputer mini mempunyai ciri - ciri tersebut. Contoh
sistem pengoperasian berkemampuan multi pengguna adalah Unix, Windows 2000 dan
Linux.
3. Multi Pemproses (Multiprosessing)
Multi pemproses merujuk kepada sistem pengoperasian
yang boleh mengendalikan lebih dari satu pemproses secara serentak. Penggunaan
lebih dari satu pemproses sesuai untuk komputer saintifik kerana komputer jenis
ini melakukan pengiraan dan pemprosesan yang banyak. Oleh itu, komputer
saintifik memerlukan system pengoperasian yang boleh menguruskan lebih dari
satu pemproses. Contoh sistem pengoperasian multipemproses adalah Unix
(Solaris), Linux, BeOS dan Windows 2000.
Sistem
Pengendalian
|
Bilangan Maksimum
Pemproses
|
BeOS
|
8
|
Sun Solaris
|
64
|
Linux
|
16
|
SGI Irix
|
128
|
Sistem pengoperasian dan bilangan
maksimum pemproses.
4. Pelbagai Tema (Multithreading)
Ciri pelbagai tema atau multithreading membolehkan bahagian yang berbeza dalam sesebuah
program atau perisian dilancarkan secara serentak. Contohnya, semasa operasi
mencari maklumat menggunakan perisian microsoft Internet Explorer dilakukan,
dalam masa yang sama pengguna boleh melakukan operasi mencetak, operasi
mendapatkan bantuan, operasi menukar spesifikasi perisian dan sebagainya.
5. Pemprosesan Masa Nyata (Real Time
Processing)
Pemprosesan masa nyata merupakan ciri yang membolehkan
sesebuah sistam bertindak balas atau berinteraksi kepada respon pengguna secara
masa nyata atau serta merta. Kebanyakan OS yang ada sekarang tidak beroperasi
secara masa nyata dalam makna yang sebenar kerana ia biasanya memerlukan
beberapa saat ataupun minit untuk mula bertindak balas.
JENIS -
JENIS SISTEM PENGOPERASIAN
Windows 98, Windows Millenium, Windows 2000, Unix dan
Solaris merupakan antara OS yang sering digunakan oleh kebanyakan komputer
masakini. Selain dari itu terdapat juga sistem komputer yang menggunakan
Windows NT, Linux dan BeOS. Microsoft Windows XP pula akan mendapat perhatian
ramai tidak berapa lama lagi dan bakal menggantikan perisian Microsoft Windows
yang terdahulu dalam tempoh masa yang terdekat ini.
Macintosh pula terkenal dengan penggunaan MacOS
sebagai sistem pengoperasiannya yang utama .Setiap OS ini mempunyai kelebihan
dan kekurangan masing-masing. Berikut diperbincangkan beberapa jenis OS yang utama.
1.
Sistem Pengoperasian Cakera (DOS)
Sistem Pengoperasian Cakera (Disk Operating System atau DOS) merupakan jenis OS yang seiring digunakan
dikalangan pengguna komputer mikro pada satu ketika dulu. Sistem DOS yang
popular ialah Microsoft Disk Operating System (MS- DOS) dan Personal Computer Disk Operating
system (PC-Dos).
PC_DOS
dikeluarkan oleh International
Business Machine (IBM) untuk Komputer perbadinya. MS-DOS dan PC-DOS digunakan
khususnya untuk sistem yang menggunakan pemprosesan mikro jenis Intel 8088,
80386, 80486 dan Pentium.
2. Microsoft Windows 3.1
Microsoft Windows 3.1 sebenarnya
bukanlah merupakan sejenis sistem pengoperasian yang sebenarnya tetapi lebih
kepada program yang lebih selesa. DOS masih lagi menjadi tulang belakang
manakala Windows 3.1 hanya menyediakan antaramuka pengguna berasaskan grafik
atau GUI (Graphical
User Interface) yang dinamakan Program Manager dan sebagainya. Micrsoft Windows menjadikan
penggunaaan komputer lebih mudah berbanding penggunaan MS-DOS secara sendirian.
Ianya cuba mengambil ciri-ciri GUI yang semakin popular dikalangan pengguna
MacOS pada komputer jenis Macintosh.
Tambahan pula beribu-ribu perisian
komputer dibangunkan kemudiannya adalah berasakan sistem Windows. Windows
berdasarkan namanya melambangkan kelebihannya yang mana ia membenarkan beberapa
program dibuka serentak didalam Windows atau tetingkap masing-masing dan setiap
satunya boleh berinteraksi dan berkongsi data atau maklumat antara satu sama
lain (contohnya data dari program pemprosesan perkataan dikongsi oleh program
pangkalan data dan sebagainya).
Desktop
skrin Microsoft Windows 3.1 yang berasaskan tetingkap.
3.
Microsoft Windows 95
Windows 95 adalah sistem
pengendalian di dalam keluarga Windows yang berasaskan antaramuka pengguna
grafik berorientasikan pengguna rumah. Ia dilancarkan pada 24 Ogos 1995 oleh
Microsoft sebagai pembaharuan ketara daripada Windows 3.1x dengan menyepadukan
MS-DOS dan Windows di dalam satu sistem pengendalian, sekaligus menjadikan
Windows 95 sebagai sistem pengendalian penuh berbanding Windows 3.0 dan 3.1x
yang hanya merupakan persekitaran pengendalian bagi MS-DOS.
Windows 95 menampilkan
perubahan yang ketara dari segi antaramukanya. Format bagi antaramuka Windows
95 terus diguna pakai pada versi-versi Windows yang lebih terkini termasuklah
Windows Vista. Bukan itu sahaja, malah format antaramuka Windows 95 turut
ditiru pengeluar distribusi Linux di dalam persekitaran pengendalian antaramuka
grafik pengguna Linux.
Antaramuka
Windows95
Windows 98 adalah sistem pengendalian bergrafik yang
dilancarkan pada 25 Jun 1998 sebagai pengganti kepada Windows 95. Seperti
Windows 95, Windows 98 adalah sistem pengendalian hibrid 16/32-bit berasaskanMS-DOS.
Pengganti kepada Windows 98 ialah Windows Me. Pada 5 Mei 1999, Microsoft melancarkan
Windows 98 Second Edition (SE). Ia mengandungi fail-fail tampalan bagi
kebanyakan isu kecil, menyediakan sokongan USB yang lebih baik serta disertakan
dengan perisian Internet Explorer 5 dan Windows Media Player 6.
Pada asalnya, Microsoft bercadang untuk menamatkan
sokongan terhadap Windows 98 pada 16 Januari 2004, tetapi popularitinya yang berterusan
(27% daripada pengunjung laman web Google sepanjang Oktober-November 2003 menggunakan Windows 98) telah
memaksa Microsoft untuk melanjutkan tempoh sokongan produk sehingga 11 Julai 2006, serentak dengan penamatan sokongan
terhadap Windows Me.
Antaramuka serta menu Start bagi Windows 98
5.
Windows NT (New Technology) adalah keluarga sistem
pengendalian dihasilkan oleh Microsoft, versi pertama yang dikeluarkan pada
Julai 1993 Windows NT (New Technology) direka khas untuk kegunaan dalam perhubungan
perniagaan dan networking. Windows NT ini mempunyai kelebihan untuk networking
dan internet dan dilindungi oleh ciri-ciri keselamatan yang tinggi, cryptography
(kata rahsia) dan konfigurasi
sistem polisi. Ia merupakan antara sisitem operasi yang paling lengkap dan
bijak dalam persekitaran pengurusan perniagaan dan sistem rangkaian. Ciri-ciri
atau kelebihan pada Windows NT ini juga banyak kepada pengurusan kepada server
komputer dan juga client komputer antaranya Setup Manager, PWS (Peer Web
Services), System Policies, User Porfile dan banyak lagi.
6.
Microsoft Windows CE
Sistem pengoperasian untuk komputer
jenis palmtop atau handheld (komputer
sekecil tapak tangan). Ianya sesuai untuk pengguna yang menggunakan Windows 95 atau
Windows NT sebagai sistem pengoperasian utama pada computer desktop kerana
Windows CE adalah menyamai konsep Windows 95 dan kedua-duanya adalah serasi
(data boleh dikongsi atau dipindahkan antara satu sama lain).
Antaramuka Windows CE
Windows 2000 (juga dirujukkan sebagai Win2K) adalah
versi sistem pengendalian Microsoft Windows berasaskan NT yang dikeluarkan pada
17 Februari 2000. Ia yang digantikan oleh Windows XP pada Oktober 2001 dan
Windows Server 2003 pada April 2003. Empat edisi Windows 2000 telah
dikeluarkan: Professional, Server, Advanced Server, dan Datacenter Server.
Rajah 4-5 Antaramuka Windows 2000
8.
Windows Millennium Edition, atau lebih dikenali
sebagai Windows Me adalah sistem pengendalian hibrid 16/32-bit yang dilancarkan
pada 14 September 2000 oleh Microsoft. Windows Me mempunyai jangka hayat yang
paling pendek berbanding versi-versi Windows yang lain; ia digantikan dengan
Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001.
sg
Antaramuka serta menu Start Windows Me.
9. Windows XP
Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem
pengendalian Windows keluaran Microsoft. Akronim XP adalah singkatan daripada
perkataan eXPerience (pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP
dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan
kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia,
Kanada. Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada Windows
2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna
terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT. Setakat Januari 2006,
lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia.
Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.
10. Windows Vista
Windows Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem
pengendalian Microsoft Windows. Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM
pada 8 November 2006 dan dilancarkan oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada
8 Februari 2007. Windows Vista mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan
lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista
dikenali dengan nama kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama
rasminya pada 22 Julai 2005.
Antaramuka
Windows Vista Ultimate
11. UNIX
UNIX merupakan sistem pengoperasian berasaskan desktop
teks dan agak sukar untuk dikuasai. Ia juga memerlukan arahan-arahan yang
digemari oleh ramai pengaturcara yang berpengalaman
UNIX telah dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan C
( C Language) dan mula diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Ken Thompson dan
Dennis Ritchie di makmal AT&T Bell untuk kegunaan komputer mini jenis DEC.
UNIX merupakan sejenis sistem pengoperasian yang
berasaskan sistem pelbagai pengguna (multi-user
system). Ia membenarkan seseorang
pengguna berkongsi sistem komputer dengan pengguna yang lain serta memainkan
beberapa aktiviti pemprosesan dalam satu masa yang sama.
UNIX juga adalah berkonsepkan multitasking sepenuhnya dan merupakan antara sistem pengoperasian
yang paling stabil terutamanya untuk rangkaian komputer. Atas dasar tersebut
kebanyakan komputer pelayan bagi tujuan penggunaan Internet menggunakan UNIX
sebagai sistem pengoperasiannya.
Versi terbaru UNIX yang dikeluarkan semakin mudah
untuk dikendalikan dengan bantuan desktop yang lebih mesra pengguna. Dengan
bantuan teknologi sistem X Windows pula, desktop yang lebih mesra pengguna
berorientasikan grafik telah berjaya diserapkan ke dalam sistem UNIX. Pelbagai
bentuk desktop pengguna untuk memilih sistem yang digemari. Berikut merupakan
beberapa contoh desktop UNIX yang dibantu oleh teknologi sistem X Windows
Desktop pengguna perisian Solaris8 yang berasaskan
Unix
12. Macintosh Operating System (Mac OS)
Macintosh Operating
System atau Mac OS merupakan perisian sistem pengoperasian yang hanya boleh
digunakan pada sistem computer jenis Apple Macintosh.
Ini bermakna, sistem komputer IBM atau yang serasi
yang biasanya berasaskan teknologi pemprosesan mikro jenis pentium dan
sebagainya tidak boleh menggunakan sistem pengoperasian ini . Walau
bagaimanapun bagi pengguna komputer IBM atau serasi yang masih berminat untuk
menggunakan sistem Mas OS , teknologi "G- emulator” akan digunakan.
Komputer jenis ini yang mula diperkenalkan pada tahun
1984 merupakan suatu sistem yang berorentasikan antaramuka grafik dan juga
mempunyai ciri-ciri teknologi palam dan guna yang sepenuhnya.
Desktop pengguna perisian
Mac OS 9.2
No comments:
Post a Comment