SETUP COMPUTER PERIPHERALS

PENGENALAN

Perkakasan adalah peralatan yang terlibat dalam fungsi sebuah komputer. Ia terdiri dari komponen-komponen yang boleh dikawal secara fizikal. Fungsi bagi komponen tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu input, output dan storan.

Komponen bagi ketiga-tiga kategori dihubungkan kepada pemproses mikro, iaitu unit pemprosesan pusat (CPU), iaitu litar elektronik yang membekalkan kebolehan mengira dan mengawal komputer melalui litar yang dipanggil bas.

Interaksi antara perkakasan input dan output dikawal oleh perisian yang dipanggil Basic Input Output System (BIOS). Walaupun pemproses mikro dianggap sebagai perkakasan, sebahagian fungsinya adalah berkaitan dengan perisian komputer. Oleh kerana pemproses mikro mempunyai ciri-ciri perkakasan dan perisian komputer, maka ia selalu dikenali sebagai firmware.

Pemproses atau unit pemprosesan pusat merupakan komponen utama dan berfungsi sebagai otak dalam sistem komputer. Ia mengandungi berjuta litar yang melakukan pengawalan audio, video, pengiraan matematik dan arahan komunikasi.

Oleh kerana tanggungjawab dan tugasnya yang banyak, pemproses direka untuk beroperasi dengan pantas bagi membolehkan pemprosesan berjuta-juta arahan setiap saat terutamanya dengan penggunaan perisian yang semakin canggih hari ini.


PERKAKASAN INPUT
Perkakasan input mengandungi peranti luaran, iaitu komponen yang terletak di luar CPU. Ia merupakan peranti yang menerima data dan menghantarnya ke CPU. Data yang diterima oleh peranti input mestilah dalam bentuk yang sesuai (misalnya pembaca kod bar hanya menerima data dalam bentuk kod bar). Peranti input menukar data kepada bentuk binari yang boleh diterima oleh CPU.

1.    PAPAN KEKUNCI
Papan kekunci adalah seperti mesin taip yang membenarkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada komputer. Sesetengah papan kekunci mempunyai kekunci khas atau peranti penunjuk, seperti trackball atau "touch-sensitive regions" yang membenarkan pengguna menggunakan pergerakan jari untuk menggerakkan kursor pada skrin. Rujuk Gambarajah 1.0




Gambarajah 1.0

Papan kekunci merupakan media yang menjadi sumber memasukkan data ke dalam sesebuah PC samada melalui perisian atau melaksanakan operasi PC. Dalam banyak aspek, kekunci menjadi pembantu kepada tetikus.
 
2.    TETIKUS
Tetikus pula adalah alat penunjuk (pointing device) yang direkabentuk untuk digenggam dengan sebelah tangan. Ia mempunyai peranti pengesan (biasanya bebola) di bawahnya yang membolehkan pengguna mengawal kursor dengan menggerakkannya di atas permukaan rata. Tetikus merupakan aksesori yang memudahkan operasi dalam persekitaran GUI (Graphical User Inrerface) atau Windows. Pengguna dengan mudah melakukan pelbagai operasi dengan menggerakkan petunjuk dan mengklik butang tetikus. Rujuk Gambarajah 2.0


Gambarajah 2.0

3.    SKRIN SENTUH (TOUCH SCREEN)
Skrin Sentuh adalah skrin di mana data boleh dimasukkan ke dalam komputer hanya dengan menyentuhnya dengan jari. Item yang dipilih adalah seperti apa yang dilakukan oleh tetikus atau stylus pen. Rujuk Gambarajah 3.0



Gambarajah 3.0


4.    TABLET GRAFIK
Tablet Grafik adalah papan yang boleh mengesan kedudukan stylus (pen) di atas permukaannya. Ia boleh digunakan untuk menyurih lukisan yang diletakkan di atasnya. . Rujuk Gambarajah 4.0


Gambarajah 4.0

5.    KAYU RIA (JOYSTICK)
Kayu ria adalah peranti penunjuk yang mempunyai lengan yang boleh digerakkan ke beberapa arah bagi memandu kurssor atau objek grafik lain pada skrin komputer. Rujuk Gambarajah 5.0


Gambarajah 5.0

6.    PENGIMBAS OPTIKAL
Pengimbas optikal menggunakan peralatan pengesan cahaya untuk menukar imej seperti gambar atau teks kepada isyarat elektronik yang boleh dimanipulasi oleh komputer. Dua jenis pengimbas yang biasa adalah "flatbed scanner", yang seakan-akan mesin fotostat dan pengimbas "hand held" yang dilalukan ke atas imej untuk diproses. Rujuk Gambarajah 6.0

Gambarajah 6.0

7.    MIKROFON
Mikrofon adalah peranti untuk menukarkan bunyi kepada isyarat yang kemudiannya boleh disimpan, dimanipulasi dan dimainkan semula oleh komputer. Rujuk Gambarajah 7.0


Gambarajah 7.0



8.    MODEM
Modem adalah peranti yang menghubungkan komputer dengan talian telefon dan membenarkan maklumat dihantar atau diterima dari/ke komputer lain. Setiap komputer yang menghantar atau menerima maklumat mestilah disambungkan kepada modem. Maklumat yang dihantar dari sebuah komputer akan ditukar kepada isyarat audio oleh modem, yang dihantar melalui talian telefon kepada modem penerima yang menukar semula isyarat kepada maklumat di mana komputer penerima dapat memahaminya.

Modem merupakan peranti yang sangat diminati hari ini. Ini disebabkan perkembangan pantas Internet memerlukan pengguna melengkapkan PC dengan modem bagi sambungan Internet.

Modem merupakan peranti yang dapat menukarkan isyarat digital (digunakan oleh komputer) kepada isyarat analog (digunakan dalam talian telefon) dan sebaliknya.Jenis modem dibezakan oleh kepantasan penghantaran data (misalnya 14.4 kilobait per saat , 28.8 Kbps, 33.6 Kbps dan 56.6 Kbps). Dengan modem yang lebih pantas, pengguna dapat mengurangkan masa mendapatkan data.

Terdapat dua kategori modem di pasaran iaitu modem dalaman (internal modem) dan modem luaran (external modem). Modem dalaman adalah berbentuk kad yang dimasukkan ke dalam slot tambahan pada papan litar utama. Modem luaran pula disambungkan ke pelabuhan (port) dan ianya memerlukan bekalan kuasa yang berasingan. Rujuk Gambarajah 8.0



Gambarajah 8.0

PERKAKASAN OUTPUT

1.    PAPARAN VIDEO
Paparan video, atau skrin, menukarkan maklumat yang dijanakan oleh komputer kepada maklumat visual. Paparan biasanya terdiri dari dua bentuk iaitu skrin video dengan "cathode ray tube" (CRT) dan skrin video dengan "liquid crystal display" (LCD).

Skrin berasaskan CRT, atau monitor adalah seakan-akan set televisyen. Maklumat dari CPU dipaparkan amenggunakan pancaran elektron yang mengimbas permukaan "phosphorescent" yang mengeluarkan cahaya dan membentuk imej. Rujuk Gambarajah 9.0

Gambarajah 9.0

Skrin berasaskan LCD memaparkan maklumat visual pada skrin datar. Ia biasanya digunakan pada komputer laptop atau notebook. Rujuk Gambarajah 10.0
Gambarajah 10.0

2.    PENCETAK
Pencetak mengambil teks dan imej dari komputer dan mencetaknya di atas kertas. Pencetak matriks bintik (dot matrix) menggunakan dawai halus untuk menghentak "ribbon" bagi membentuk aksara. Pencetak laser men ggunakan sinaran cahaya untuk melukis imej di atas "drum" dan kemudiannya mengutip zarah hitam halus yang dipanggil "toner". Toner dipindahkan ke atas kertas bagi menghasilkan imej. Pencetak pancut dakwat (ink jet) menembak titisan dakwat ke atas kertas untuk membentuk aksara dan gambar. Rujuk Gambarajah 11.0




Gambarajah 11.0



3.    PEMACU ZIP (ZIP DRIVE)
Penyimpanan data menggunakan pemacu ZIP mula mendapat perhatian kerana keupayaannya menyimpan data lebih besar serta fungsi mudah alih data dalam cakera seperti kaedah cakera liut. Secara umum, pemacu ZIP berfungsi seperti pemacu cakera liut, bezanya hanya dari segi kapasiti storan di mana setiap cakera ZIP boleh menyimpan sehingga 100MB data.

Terdapat dua jenis pemacu ZIP, iaitu jenis yang dipasang seperti pemacu cakera liut manakala satu jenis lagi dipasang di luar (external). Walau bagaimanapun kedua-duanya mempunyai kapasiti storan yang sama. Rujuk Gambarajah 12.0


Gambarajah 12.0



SAMBUNGAN PERKAKASAN
Untuk berfungsi, perkakasan memerlukan sambungan fizikal bagi membenarkan komponen-komponen berkomunikasi dan berinteraksi. Bas menyediakan sistem sambungan litar yang mengkoordinasi dan menggerakkan maklumat antara bahagian-bahagian dalam komputer. Bas komputer mempunyai dua rangkaian, satu yang digunakan oleh CPU bagi menempatkan data yang dipanggil "address bus" dan satu lagi untuk menghantar dap;a kepada address tersebut yang dipanggil "data bus". Bas ditentukan melalui dua ciri iaitu berapa banyak maklumat dapat dimanipulasi pada satu-satu masa, dipanggil lebar bas (bus width), dan satu lagi berapa cepat ia dapat menghantar data tersebut.

Sambungan bersiri adalah merupakan wayar atau set wayar yang digunakan untuk memindahkan maklumat dari CPU kepada peranti luar seperti tetikus, papan kekunci, modem, pengimbas dan beberapa jenis pencetak. Jenis sambungan ini hanya memindahkan satu data pada satu-satu masa, jadi ianya adalah lambat. Kelebihan menggunakan sambungan bersiri adalah ia menyediakan sambungan yang efektif pada jarak yang jauh.

Sambungan selari menggunakan set wayar untuk memindahkan satu blok maklumat serentak. Kebanyakan pengimbas dan pencetak menggunakan jenis sambungan ini. Sambungan selari lebih laju dari sambungan bersiri, tetapi jaraknya adalah terhad (kurang dari 3 m), antara CPU dan peranti luaran.

No comments:

Post a Comment