Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan pengiraan. Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil 'computer'.
Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti rajah di bawah.
Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software). Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya. Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan berbagai¬bagai tugas. Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya. Salah satu program sistem operasi percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux.
Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.
- Komputer Sistem Asas
- Komputer Sistem Multimedia
- Komputer Internet Tersedia
Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencan atau keda-keda mudah. Sebagai panduan senarai perkakasan Sistem Asas seperti di bawah.
- Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.
- Prosesor (Microprocessor atau CPU): Memproses data untuk keseluruhan sistem.
- Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable): Bekalan kuasa untuk sistem boleh berfungsi.
- Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting.
- Cakera keras serta kabel reben 40 pin (HDD): Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.
- Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB.
- Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.
- Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.
- Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting.
- Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.
- CPU - Central Processing Unit
- HDD - Harddisk drive
- FDD - Floppy Disk drive
- RAM - Random Access Memory
Komputer Sistem Multimedia
Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke. Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah.
Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara.
Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CD¬ROM.
Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.
Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.
Komputer Internet Tersedia
Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet. Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.
Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.
Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.
Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.
PERKAKASAN KOMPUTER
1. Papan Induk (Mother Board)
Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer. Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk. Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.
Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT. Dengan sendirinya, papan induk ATX memerlukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga
2. Pemproses / CPU (Central Processing Unit)
CPU (central processing unit) adalah sebuah cip yang bertindak sebagai pusat memproses segala data dalam komputer dan kelajuannya menjadi idaman setiap insan IT. Kelebihan CPU masa kini, ia mempunyai cache aras 1 terbina di dalamnya. Operasi komputer agak laju dengan tambahan cache ini dan dengan itu sekiranya lagi banyak jumlah cache lagi baik sesebuah komputer itu. Sebagai contoh, cache bagi CPU Intel Celeron 333MHz adalah sebanyak 128Kb. Biasanya maklumat cache ini boleh didapati di kotak CPU atau dari senarai yang dikeluarkan oleh syarikat CPU itu dan juga di laman Web syarikat berkenaan. FSB bermaksud Front Side Bus iaitu sistem bas untuk CPU dan memori (RAM) menyimpan dan rnengambil data sepantas yang disetkan kepada CPU oleh pengeluar.
Cara-cara pemasangan CPU Pentium dan CPU AMD . hampir sama dan antaranya tidak boleh ditukar ganti. CPU Pentium 4 umpamanya, menggunakan papan induk Socket 423 dengan RAM Rambus dan terakhir Papan induk Socket 478 direka untuk Pentium 4 dengan rnemori SDRAM yang berharga dan berprestasi sederhana. CPU AMD Athlon dan Duron menggunakan papan induk Socket A.
3. RAM
RAM adalah singkatan bagi random access memory bertindak sebagai satu jenis memori dinamik (dynamic) bagi CPU dapat menyimpan Data ringkas dan mengambilnya dengan cepat tanpa bantuan terus dari cakera keras. Penyimpanan data di kad RAM bersifat sementara, bila komputer ditutup, semua maklumat akan terpadam. Penggunaan ruang RAM dilakukar oleh sistem dan bukan pengguna.
SIMM (72 pin) bererti single in-line memory module iaitu sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SIMM RAM. RAM jenis EDO (extended data out) ini dilekatkan di slot SIMM di papan induk, biasanya berpasangan iaitu 16MB dengan 16MB atau 32MB dengan 32MB.
DIMM (168 pin) bermaksud double in-line module, sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SDRAM dan dilekatkan sendirian di slotnya. SDRAM datang dengan kapasiti 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan 256MB.
Ada tiga jenis RAM atau memori sekarang ini iaitu SDRAM, DDR-DRAM dan RDRAM. Pemilihan RAM harus bersesuaian dengan papan induk Yang hendak digunakan. Kemampuan BIOS dan cipset di papan induk menentutkan jenis RAM yang serasi. Firmware (perisian tegar) BIOS ialah perisian kecil digunakan semasa rutin startup, sentiasa diubah atau ditingkatkan oleh pengeluar bagi menampung pelbagai RAM Yang kian canggih kini. Penerangan ketiga-tiga RAM tentang erti, kelajuan bas dan jenama seperti berikut:
-SDRAM bererti synchronous dynamic RAM, terdapat pada kebanyakan papan induk Celeron dan Pentium III. Dari segi harga ia paling murah di antara ketiga-tiga RAM dan sederhana semasa operasi. Kelajuan bas RAM ialah 100MHZ (PC100) dan 133MHz (PC133). Kapasiti SDRAM, antaranya 64MB, 128MB dan 256MB. Jenama SDRAM Yang popular seperti Hitachi, Kingmax, Kingston dan Takei.
-DDR-DRAM bererti double-data-rate synchronous dynamic RAM sebenarnya sambungan dari - SDRAM tetapi dua kali ganda lebih laju. Ia mempunyai 184 pin dengan kelajuan penghantaran data sebanyak 1600Mbps bagi RAM PC1600 menggunakan detik memori (memory clock) 100MHZ dan 2100MBps bagi RAM PC2100 dengan detik memori 133MHz. Papan induk harus mampu menyokong RAM jenis ini untuk mendapatkan kebaikan RAM berkenaan, jika tidak ia beroperasi pada kadar biasa atau lebih teruk dari SDRAM sendiri.
-RDRAM bererti Rambus dynamic RAM, ia lebih mahal dari kedua-dua RAM di atas tetapi lebih laju dari DDR-DRAM. Kelajuan bas RDRAM pada tahap 40OMHZ dan ia digurakan bersama CPU Pentium 4 (P4) dengan papan induk Socket 423. Kini terdapat papan induk Socket 478 untuk CPU P4 bagi menyokong SDRAM dan ini satu petanda baik. Jenama RDRAM seperti Micro, Samsung dan Kingmax dan berkapasiti di antara 64MB hingga 128MB.
4. Cakera liut (floppy disk drive)
Tidak banyak spesifikasi yang perlu dinilai untuk memilih cakera liut. Akan tetapi ia amat penting di pasang pada komputer. Cakera liut di gunakan untuk menyimpan data melalui disket dengan jumlah saiz yang kecil sahaja.
5. Cakera keras (hard disk drive)
Cakera keras merupakan tempat di mana semua keterangan tentang data-data disimpan dan juga diterima. Ia selalunya terletak di sebelah cakera liut. Pada masa sekarang kapasiti yang terkandung di dalam cakera keras semakin besar muatannya untuk kegunaan komputer. Selain itu ia bertujuan untuk menampung pemacu cakera keras dan juga pemacu cakera liut (disket) sedia ada yang terhad. Penggunaan cakera keras bermuatan besar, storan luaran atau storan tambahan memang rasional jika ingin memenuhi keperluan semasa yang semakin mendesak.
6. Kad video
Tanpa kad video dalam komputer, monitor secanggih manapun tidak akan berfungsi. Kad video memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital ke monitor. Kad video slot tambahan mempunyai RAM tersendiri dan boleh memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut. Ada berbagai-bagai jenis kad video yang boleh dipilih kini. Kad video jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan lagi, Tren sekarang, kad video dibina terus dalam papan induk. Cara ini menjimatkan kos kepada pengeluar dan dimanfaat oleh pengguna biasa yang tidak memeriukan kecanggihan paparan. Permainan komputer memerlukan kad grafik yang boleh mengeluarkan efek 3D (3 dimensi). 3D ialah paparan grafik yang menampakkan emej secara blok dan seperti hidup. Kad jenis AGP (Accelerated Graphics Port) dan slot AGP dibuat bagi melaksanakan hasrat pengguna yang inginkan paparan canggih dan kepantasan penghantaran data graflk. Permainan 3D dapat dimainkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Terdapat berbagai-bagai jenis kad grafik untuk dipilih seperti kad grafik GeForce2 GTS atau GeForce2 Ultra dan lain-lain lagi, terpulang kepada kemampuan dan keperluan melaksanakan tugas.
Tiga aspek kad video yang harus diketahui iaitu ciri-ciri yang ada pada kad, 2D dan 3D. Ciri-ciri kad yang dimaksudkan seperti ada output TV atau kemampuan menyunting rakaman video. 2D dikaitkan dengan tugasan biasa yang dilakukan seperti membuka dokumen atau mempamerkan laman web. 3D pula berkaitan permainan komputer 3 dimensi. Jumiah RAM di kad grafik harus diberi perhatian mengikut tugasan yang hendak dilakukan. Kad graflk dengan
RAM sebanyak 16MB memadai bagi menepati permintaan program yang memerlukan kepantasan beroperasi.
7. Kad VGA slot tambahan ISA, PCI dan AGP
Kad video slot ISA sudah pupus. Kad video slot PCI mungkin mengikut jejak yang sama. Kini kad grafik slot AGP paling popular dan semakin canggih. Kad grafik dengan RAM yang tinggi menjadi idaman setiap pengguna yang berminat dengan permainan komputer dan kerja-kerja grafik berat dalam bentuk CD-ROM atau disket.
Terdapat juga kad video bersepadu dalam papan induk bertujuan bagi menjimatkan kos. Kad video jenis bina dalam akan berkongsi memori dan boleh menjejaskan sedikit operasi komputer. Sebagai contoh, sekiranya komputer mempunyai RAM sebanyak 32MB, ia cuma akan tinggal 28MB saja untuk sistem dan yang lainnya diambil oleh kad video iaitu sebanyak 4MB. Perkongsian RAM diset dalam CMOS Setup semasa komputer dihidupkan.
Langkah-Langkah Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan dengan elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut:
1. Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan elekrik.
2. Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang.
Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity).
Peralatan Kerja (Tools)
Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh peralatan tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.
Meja kerja (Work bench)
Meja tempat membuat kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan. Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai. Meja untuk pemasangan dan penyelenggaraan komputer se arusnya mempunyai sekurang-kurang empat soket bekalan elektrik dekat dengannya. Alas getah atau tikar getah dimestikan dan meliputi kawasan sebesar meia. Meja yang hendak digunakan biarlah lebarnya lebih kurang satu meter erse i untuk keselesaan semasa bertugas.
Panduan Memasang Perkakasan Sistem Komputer
1. Tanggalkan barang perhiasan yang dipakai untuk mengelakkan berlakunya renjatan elektrik.
2. Pasang penebat bagi memastikan papan induk tidak mengalami litar pintas yang boleh mengakibatkan kerosakan. Cara yang paling baik untuk melekatkan penebat (insulator) merah di papan induk dengan menggunakan pita cellophane. Penebat tidak akan mudah terjatuh semasa membuat pemasangan di bahagian petak alas. Sekiranya ada cara lain yang lebih baik, teruskan ikut kreativiti masing-masing.
3. Sambungan Kabel-Kabel Peringkat Awal Di Atas Papan Induk
Ada tiga kabel yang boleh dipassng iaitu kabel reben untuk pemacu cakera liut di slot FDC dan dua lagi kabel reben untuk cakera keras di slot IDE 0 dan pemacu CD-ROM di slot IDE.
4. Sambungkan kabel CPU, RAM, sambungan COM 1 dan sambungan LPT 1.
5. Pemasangan Pemacu Cakera Liut
Pasang pemacu cakera liut di slot depan komputer dan skru dengan kemas.
6. Lekatkan kabel reben 34 pin di pemacu cakera liut serta pastikan kedudukan pin 1. Hujung kabel riben sebelah lagi sudah sedia terpasang di slot FDC sebelum ini.
7. Sambungakan bekalan kuasa.
8. Pemasangan jumper cakera keras: Master atau slave?
Ketetapan (setting) jumper perlu diubah sekiranya ingin menukarkan cakera keras ke Utama. (Master) atau Kedua (Slave).
9. Pemasangan Cakera Keras
• Untuk pemasangan ini, setkan jumper ke Master
• Cakera keras sudah tersedia di slot khas dalam kotak komputer dan pastikan kedudukannya kemas.
• Sambungkan kabel reben 40 pin dan beri perhatian pada kedudukan pin 1. sudah tersedia dipasang di slot IDE 0.
• Sambungkan bekalan kuasa.
• Pemasangan Kad-kad Dalam Kotak Komputer
10. Pemasangan Pemacu CD-ROM
• Setkan jumper ke Master dan pastikan nanti disambungan ke IDE 1. Sekiranya ada cakera keras di kabel reben slot IDE 1, buatkan pemacu CD-ROM sebagai 'Slave' dan cakera keras sebagai 'Master'.
• Pemacu CD-ROM sudah tersedia dipasang sebelum ini dan periksa sekali lagi kedudukannya adalah kemas. Pasangan yang senget boleh menjejaskan operasi pemacu CD-ROM.
• Lekatkan kabel reben 40 pin di pemacu CD-ROM dan pastikan kedudukan pin 1. Kabel reben sebelah lagi sudah dipasang di papan induk sebelum ini.
• Pasang kabel sambungan kuasa di pemacu.
• Kabel audio akan disambungakan ke kad bunyi bila siap pemasangannya nanti.
11. Pasang perkakasan peripheral komputer (mouse,keyboard, speaker)
12. Sebelum memasang suis komputer, ulang periksa sekali lalu bagi menentukan semua perkakasan yang telah disambung itu betul kedudukannya. Kotak komputer jangan ditutup lagi untuk melihat aktiviti di atas papan induk. Pasang suis komputer dan perhatikan skrin monitor sambil menekan kekunci Del berulang-ulang untuk mendapatkan CMOS setup. Yang paling penting setakat ini, pastikan kipas CPU dan kipas unit bekalan kuasa berfungsi. Sekiranya kedua-dua kipas tidak berpusing, tutup suis dan cari kerosakan sebelum meneruskan ujian.
No comments:
Post a Comment