MAINTAIN COMPUTER PERIPHERALS

PENGENALAN KOMPUTER
Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software). Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi, dan sebagainya. Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan berbagai-bagai tugas. Contoh perisian untuk komputer peribadi PC seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya. Salah satu program system operasi percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux.

PERKAKASAN LUARAN KOMPUTER/KOMPUTER PERIPHERAL

MONITOR
Monitor merupakan salah satu peranti output yang tidak boleh dipandang ringan. Terdapat berbagai-bagai jenis monitor masa kini. Monitor boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu monitor CRT dan monitor berasaskan LCD.
CRT
•    Monitor CRT atau paparan tiub sinar katod (cathode-ray tube) telah lama dicipta dan kini masih dikeluarkan dengan mutu yang bertambah baik dan canggih.


LCD
•    Monitor LCD atau paparan Kristal cecair (liquid crystal display) pula baru diperkenal dan agak mahal harganya. Ada beberapa kelebihan monitor LCD berbanding monitor CRT seperti tiada paparan radiasi, kurang menggunakan tenaga elektrik, ia tidak memakan ruang yang besar dan amat comel sekali. Isu keserasian menjadi topic utama bila menggunakan monitor LCD kerana output dari komputer ke monitor masih dalam gelombang analog. Monitor LCD ialah sebuah peranti digital, harus mempunyai satu cip dalam dirinya untuk memproses gelombang analog ke digital. Disinilah timbulnya masalah bila pemproses grafik komputer dan monitor tidak seimbang (synchronize) , imej monitor menjadi kabur.


Ukuran monitor
•    Monitor datang dengan berbagai-bagai ukuran, antaranya 14”(inci), 15”,17” dan 21”. Saiz monitor untuk pengguna rumah memadai dengan 15”, melainkan mempunyai modal dan kecenderungan untuk bermain permainan komputer atau mahu kepuasan melayari internet. Monitor bersaiz besar, baik dari segi resolusi dan pixel atau elemen gambar. Pixel monitor dapat ditingkat sehingga 1024x768 pixel atau lebih tanpa masalah.

PAPAN KEKUNCI/KEYBOARD
Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer.
Jenis jenis keyboard :-
•    P/S 2
•    Serial
•    USB
•    Cordless Freedom Optical
Papan kekunci hari ini amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi tertentu seperti di bawah.
•    Menentukan gabungan 1 dan 0, iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.
•    Saling bertukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
•    Mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
•    Menyimpan secara sementara atau menimbal masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas



Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertana pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.
Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berselerak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip.
Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hamper satu abad yang lalu. Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal(buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan daripada pengawal kekunci.

TETIKUS
Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.
Alat penunjuk yang digunakan untuk menggerakkan kursor pada skrin komputer
Boleh membuat berbabagi operasi seperti memilih, melukis, menutup dail dan member arahan.
Pergerakan mouse dibaca oleh komputer dengan mengesan pergerakan bebola yang dipasang pada sensor.
Jenis:
•    P/S 2
•    USB
•    Serial
•    Cordless Freedom Optical
Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan system pengendalian tetingkap (Windows) seperti Microsoft Windows, Linux dan lain-lain. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan atur cara penerbitan meja. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.
Input tetikus juga biasanya digunakan untuk domain atur cara penggunaan yang khusus. Dalam grafik tiga dimensi interaktif, gerakan tetikus seringnya ditukar secara langsung menjadi perubahan orientasi kamera maya. Misalnya, permainan genre penembak diri pertama, pemain biasanya menggunakan tetikus untuk mengawal arah yang dihadap oleh kepala pemain maya. Menggerakkan tetikus kearah atas skrin akan menyebabkan pemain melihat ke atas dan mendedahkan pemandangan atas kepala pemain.



PEMBESAR SUARA/SPEAKER
Pembesar suara ,merupakan transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara ialah unsure paling banyak kepelbagaian dalam sistem audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakan perbezaan bunyi apabila membanding system-sistem berlainan. 


PENCETAK/PRINTER
pencetak adalah peranti keluaran (output) dalam bentuk kekal iaitu ia menghasilkan teks dan grafik pada media fizikal seperti kertas atau filem transperansi. Maklumat yang dicetak, dipanggil "hard copy" wujud secara fizikal dan lebih kekal berbanding dengan peranti keluaran lain seperti monitor. Hard copy ini biasanya dikenali sebagai hasil cetakan, boleh dicetak secara portrait ataupun landscape
Secara umumnya pencetak dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu
•    Pencetak Jenis Impact (Impak)
•    Pencetak Jenis Non Impact(Bukan Impak)

Pencetak Jenis Impak
Pencetak jenis ini membentuk imej pada kertas dengan cara hentakan mekanikal ke atas ribbon berdakwat dan menghentam permukaan kertas. Pencetak jenis ini umumnya adalah bising kerana hentakan ini menghasilkan bunyi yang agak kuat.
Pencetak jenis impak biasanya tidak akan menghasilkan mutu cetakan huruf yang tinggi dan biasanya digunakan untuk mencetak boring berbagai bahagian kerana ia mampu untuk menembusi hingga ke beberapa lapisan kertas yang berkarbon. Industri menggunakan pencetak ini kerana sifatnya yang boleh tahan keadaan persekitaran yang lasak, tahan gegaran dan tahan pada suhu melampau

Terdapat  2 jenis pencetak jenis impak yang sering digunakan adalah :
•    Pencetak Dot Matrik
•    Pencetak Garisan
 
Pencetak Dot Matrik
Pencetak ini menghasilkan imej cetakan apabila pin-pin halus pada mekanisma kepala pencetak menghentam ribbon yang berdakwat. Apabila ribbon itu menekan permukaan kertas, ia menghasilkan titik-titik yang membentuk karakter grafik tertentu. Mekanisma kepala pencetak dot matrik mengandungi 9 hingga 24 pin bergantung kepada model dan pengeluar. Semakin banyak bilangan pin maka semakin tinggi kualiti cetakan yang terhasil. Kelajuan pencetak dot matrik diukur dengan bilangan karakter yang dicetak per saat (cps). Kebanyakan dot matrik mempunyai kelajuan 300 hingga 1100 cps bergantung kepada kualiti yang dikehendaki.

Pencetak Garisan
Pencetak jenis ini merupakan pencetak jenis impak berkelajuan tinggi yang mencetak keseluruhan garisan pada satu masa. Justeru kelajuan cetakan diukur dengan mengambilkira kemampuannya mencetak garisan dalam seminit. Terdapat dua jenis pencetak garisan yang popular iaitu pencetak jalur dan pencetak shuttle matrix. Pencetak jalur berfungsi menghentam secara mengufuk sambil ia memutarkan jalur yang mengandungi bentuk-bentuk nombor, huruf dan lain-lain.



Pencetak Jenis Bukan Impak
Pencetak kategori ini mencetak imej pada kertas tanpa menghentam permukaan kertas. Sesetengahnya menggunakan semburan dakwat dan ada yang menggunakan haba. Disebabkan ia tidak menghentam permukaan kertas, ia adalah lebih senyap berbanding jenis impak. Terdapat tiga jenis pencetak jenis ini yang sering digunakan :
1.    Pencetak Laser
2.    Pencetak Ink-Jet
3.    Pencetak Haba



Pencetak Ink Jet
Pencetak jenis ini membentuk imej dengan menyembur titisan halus dakwat pada permukaan kertas. Pencetak jenis ini dapat menghasilkan kualiti cetakan samaada dalam hitam putih mahupun warna diatas pelbagai jenis kertas. Sesetengahnya mampu mencetak kualiti cetakan fotografi. Pencetak jenis ini telah menjadi pencetak warna pilihan ramai pengguna disebabkan oleh kos yang rendah dan kualiti cetakan yang baik.


No comments:

Post a Comment