ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK PROSES SENGGARAAN

Penyedut Habuk (Vakum Cleaner)
Ianya digunakan untuk menyedut kekotoran seperti habuk, serpihan kertas dan lain-lain kekotoran di dalam dan luar bahagian casing komputer mahupun printer.


Kain Pengelap dan Span
Ianya digunakan untuk mengelap kekotoran di sekeliling casing mahupun dibahagian yang diperlukan seperti di bahagian casing monitor dan sebagainya.

Berus Cat
Ianya digunakan untuk menyapu dan membuang habuk di bahagian yang sukar dilakukan oleh vakum.


Cecair pencuci
Ianya digunakan sebagai peluntur kotoran di bahagian luaran seperti casing komputer, pencetak, monitor, papan kekunci, tetikus dan pada bahagian lain yang bersesuaian.

Putik Kapas

Ianya digunakan untuk membersihkan kekotoron di pemacu cakera liut jika berlaku kekotoran yang sukar dibersihkan oleh disket cleaner. Juga digunakan untuk membersihkan kotoran di bahagian yang sempit.

Pengalir Bumi (Ground Strap)
Ianya digunakan untuk mengalirkan cas badan kita ke bumi, jika cas ini tidak dialirkan ke bumi kemungkinan ianya akan merosakkan litar bersepadu komputer.

Disket Pembersih Cakera Liut
Ianya digunakan untuk membersihkan pemacu cakera liut (Floppy Disk)

Pembersih Pemacu CD ROM
Ianya digunakan untuk membersihkan pemacu CD ROM

Tool Kit (Multimeter, Screwdriver, player dan lain-lain)
Alat yang digunakan untuk proses servis dijalankan

No comments:

Post a Comment