MAINTAIN COMPUTER SYSTEM WORK AREA

Definisi Keselamatan
Keselamatan adalah memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan dan kesihatan yang berbangkit dengan aktiviti orang sedang bekerja.

Mengukur suhu dan kelembapan

Kelembapan di Udara (Humidity)
Kelembapan relatif adalah jumlah air yang terkandung dalam udara pada suhu tertentu dibandingkan dengan jumlah maksimum kelembapan udara yang dapat bertahan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Relative Humidity?

Definisi kelembapan relatif dalam istilah matematik ialah ...

                                  kandungan lembapan
Kandungan relatif = _______________
                                  kapasiti wap air

Alat mengukur kelembapan
Hygrometer mengukur kelembapan relatif, Diukur dalam unit gram per ml (g/ml), tetapi biasanya disukat dalam bentuk peratus (%)

Suhu
Dalam cara kualitatif, kita boleh menggambarkan suhu sesuatu benda seperti itu yang menentukan sensasi panas atau sejuk

Alat mengukur suhu
Termometer adalah alat mengukur suhu suatu sistem dalam cara kuantitatif. Diukur dalam unit darjah celsius (°C)

KESELAMATAN


1        Memeriksa persekitaran sistem komputer

Langkah langkah :

1.1  Mengkaji arahan kerja
-         Arahan kerja yang telah diberi oleh pihak syarikat perlu dikenalpasti dan difahami
-         Melaksanakan SOP
-         Contohnya pekerja dikehendaki memakai uniform keselamatan ketika berada di dalam makmal komputer

1.2  Menguji suhu dan kelembapan bilik komputer


  • -        Merekod bacaan suhu – suhu yang tinggi berkemungkinan akan merosakkan komputer. Oleh itu rekod bacaan perlu diambil dan direkodkan.
  • -        Kenalpasti ukuran suhu dan kelembapan
  • -        Kadangkala suhu makmal berubah disebabkan kerosakan alat penghawa dingin. Tindakan pembaikpulih perlu dijalankan dengan segera.
  • -        Suhu yang sesuai untuk persekitaran sistem komputer adalam 16-28°C (paras suhu bilik) :
  • -        Kelembapan yang sesuai bagi persekitaran komputer adalah 50-70%
  • -        Peralatan yang ada di dalam bilik komputer :
:          Thermometer
:          Alat penghawa dingin
:          Senarai semak
:          Buku rekod
:          Manual peralatan (komputer, penghawa dingin dll)

1.3  Memeriksa kemudahan awam seperti lampu, kedudukan peralatan dan keadaan bilik


  • -        Kenalpasti keadaan kecerahan yang sesuai – bilik yang terlalu terang dengan cahaya matahari juga akan merosakkan komputer
  • -        Menukar mentol lampu (jika rosak)
  • -        Menyusunatur semula kawasan kerja
  • -        Melaksanakan senarai semak kawasan kerja (buat checklist)
  • -        Merekodkan maklumat di dalam buku rekod

1.4  Menguji sistem kebakaran


  • -        Kedudukan sistem kebakaran mestilah di tempat yang sesuai dan diketahui oleh semua pekerja. Ini untuk memudahkan para pekerja jika berlaku kemalangan.
  • -        Melaksanakan prosedur percubaan sistem kebakaran. Memudahkan pekerja menggunakannya apabila berlaku kebakaran
  • -        Rekodkan
  • -        Manual sistem kebakaran
  • -        Lampu sulu
  • -        Senarai semak
  • -        OSHA : Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (rujuk lampiran) OSHA 1994
  • -        Jenis sistem pencegah kebakaran
Jenis Sistem
Cara Berfungsi
Kelebihan/Kelemahan
Sistem pecah kaca
Bila berlaku kebakaran, suis pengaktifan hendaklah dicari dan dipecahkan bagi mengaktifkan sistemnya
Bila berlaku kebakaran, suis pengaktifan hendaklah dicari dan dipecahkan bagi mengaktifkan sistemnya
Sistem pengesan asap
Bila sebarang asap dikesan, sistemnya akan diaktifkan dan siren kebakaran pun berbunyi.
-        Lebih sensitif
-        Mahal
Sistem pengesan  haba
Bila sebarang haba dikesan, sistemnya akan diaktifkan dan siren kebakaran pun berbunyi.
-        Lebih sensitif
-        Mahal

1.5  Menguji alat pemadam kebakaran (fire extinguisher)


  • -        Kedudukan alat pemadam api
  • -        Penggunaan alat pemadan api
  • -        Rekodkan (penggunaan, tarikh luput)

1.6  Memeriksa keadaan pendawaian bawah tanah (sistem pendawaian)


  • -        Kenalpasti kondensasi air
  • -        Kenalpasti kebocoran air
  • -        Rekodkan (setiap kali membuat pemeriksaan)
  • -        Menggunakan lantai yang menyerap air
  • -        Kenalpasti saluran air dan sistem pendawaian elektrik

1.7  Memeriksa keadaan pendawaian dan pengaliran


  • -        Kenalpasti lakaran sistem pendawaian
  • -        Kenalpasti lakaran sistem air
  • -        Rekodkan
  • -        Melaporkan kepada pihak berkenaan

1.8  Memeriksa keselamatan bilik komputer


  • -       Kenalpasti risiko/masalah
  • -       Rekodkan
  • -       Melaporkan kepada pihak atasan


2        Menyelaraskan Kawasan Kerja

2.1  Kenalpasti kawasan untuk di selenggarakan


  • Kawasan kerja seperti makmal computer perlu di dalam keadaan teratur dan bersih. Ini untuk mengelakkan berlaku perkara-perkara yang membahayakan pekerja. Oleh itu setiap kawasan perlu sentiasa diperiksa dan disenggara dan dibuat prosedur bersesuaian.
  • Mendapatkan arahan dan jadual kerja daripada pihak atasan
  • Pilih kawasan yang dikenalpasti
  • Kenalpasti peralatan di kawasan tersebut (computer, kabel dll)

2.2  Kaji prosedur dengan teliti


  • Pilih prosedur yang betul dan bersesuaian dengan tempat yang hendak diselenggarakan.
  • Biasanya setiap prosedur dibuat berdasarkan perancangan yang telah dibuat iaitu terbahagi kepada 5 :-

  1.   Kegiatan harian seperti pembersihan
  2. Kerja berkala seperti penghalangan penyenggaraan oleh peralatan
  3.  Projek kerja seperti ubahsuai pejabat
  4.  Pembaikpulih kecemasan serta pembaikpulihan terancang
  5. Jadual penyenggaraan dibuat berdasarkan :

  • Kawalan litar elektrik
  • Pemantauan bekalan elektrik
  • Pemantauan tekanan
  • Pemantauan suhu

2.3  Mengikut arahan


  • Kenalpasti arahan – lakukan kerja mengikut arahan bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini
  • Mengatur lakaran kabel/ pendawaian. Kedudukan kabel dan pendawaian perlu mengikut tempat yang selamat. Oleh itu sebelum membuat pendawaian, juruteknik perlu merancang dan melakar dahulu kedudukan pendawaian dan kabel yang akan dibuat. Jika dibuat pada kedudukan yang tidak sesuai kemungkinan akan menimbulkan masalah pada masa akan datang. Contohnya dibuat pada tempat laluan ramai. Kemungkinan akan menyebabkan bahaya kepada pengguna.

2.4  Megemaskini rekod perkhidmatan


  • Semua maklumat dan tindakan yang dibuat perlu direkodkan dan dikemaskini selalu. Ini perlu dilakukan jika berlaku apa-apa masalah rujukan boleh dibuat dengan melihat kepada rekod-rekod yang lama.
  • Contohnya rekod pembaikpulih pendawaian elektrik telah dilakukan pada 1/7/2000. Jika berlaku kerosakan, juruteknik boleh melihat rekod yang disimpan kali terakhir pendawaian elektrik dibuat.



No comments:

Post a Comment