CARRY OUT PARTS INSTALLATION

PENGENALAN

Terdapat beberapa perkara penyelesaian terhadap masalah perkakasan computer. Pertama sekali periksa kabel-kabel penyambungan terhadapat perkakasan computer anda. Pastikan tiada kabel yang longgar kerana ini boleh menyebabkan computer anda tidak dapat berfungsi.
Seterusnya periksa perkakasan computer satu demi satu untuk mengenal pasti perkakasan yang rosak. Langkah pertama cuba buka dan pasang semula perkakasan tersebut dengan kemas. Jika tidak berhasil, anda perlu menguji perkakasan dengan perkakasan yang baru.

1. KESELAMATAN ELEKTRIKAL

Elektrik yang digunakan dengan tertib adalah bentuk tenaga yang selamat dan efisien tetapi jika digunakan sebaliknya boleh menjadi punca bahaya. Antara bahaya utama adalah renjatan, melecur, kebakaran dan letupan, dan dalam sesetengah keadaan arka mata. Walau bagaimanapun jika renjatan elektrik yang diterima oleh seseorang tidak secara sendirinya membahayakan, ia boleh mempunyai kesan yang dahsyat, seperti ketika bekerja pada ketinggian tertentu atau di atas tangga, satu renjatan yang lemah mungkin mengakibatkan kejatuhan; meskipun renjatan itu tidak menyebabkan kecederaan, kejatuhan itu mungkin boleh.

Perlu diingati bahawa tenaga elektrik digunakan berterusan di dalam semua tempat kerja bukan sahaja kilang-kilang tetapi pejabat, bank, sekolah, dsb dan penggunaannya di tempat-tempat tersebut semakin meningkat sepanjang masa apabila teknologi baru dan ‘pejabat elektronik’ menjadi satu kebiasaan. Jadi walaupun bahan di dalam bab ini akan membincangkan terutamanya mengenai kilang-kilang dan tapak binaan, pelajaran dan langkah-langkah yang perlu diambil, adalah relevan kepada mereka yang bekerja didalam pejabat.

2. BAHAGIAN KOMPUTER


I. CMOS Battery Failed
‘CMOS Checksum Error’ ini mungkin disebabkan kesilapan penetapan pada BIOS. Cuba simpan penetapan dengan memilih ‘Save & Exit Setup’ sebelum keluar. Periksa bateri sama ada ia berfungsi atau tidak. Ini bermaksud bateri tersebut lemah atau tidak berfungsi. Ini menyebabkan maklumat penetapan dalam BIOS hilang. Jadi tukar bateri kepada yang baru.

II. Keyboard Error
Periksa sama ada papan kear kunci disambung ke dalam slot dengan betul atau tidak. Ganti papan kekunci jika berlaku kerosakan pada papan kekunci tersebut

III. Memori Test Fail
Pastikan kad memori dimasukkan ke dalam slot dengan betul. Bersihkan pin kad memori dengan pemadam atau tukar kad memori jika berlaku kerosakan

IV. Floppy Disk Fail
Periksa sama ada wayar pemacu cakera liut dan wayar pembekal kuasa disambung dengan betul. Pastikan pemacu cakera liut tidak mengalami kerosakan. Jika rosak, cakera liut perlu ditukar dengan yang baru.

V. Papan Induk ‘Motherboard’
Papan induk perlu dikenalpasti semua slot dan port kerana penukaran kepada Motherboard baru adalah perkara yang serius di mana keserasian cip pemproses dan RAM perlu dikenalpasti terlebih dahulu.

VI. Cip Pemproses
Kerosakan cip pemproses mengeluarkan bunyi beep yang panjang tanpa berhenti tanpa paparan pada monitor. Penukaran boleh dibuat dan pastikan tiada sebarang tanpa pada papan induk kerana boleh menyebabkan papan induk juga tidak dapat berfungsi. Penukaran cip pemproses juga perlu dibuat mengikut soket/LGA yang sesuai dengan papan induk.



3. PERALATAN YANG DIGUNAKAN

  • Peralatan yang perlu digunakan :
  • Pemutar skru
  • Long nosed pliers
  • Utility software
  • Manuals
  • Senarai semak
  • Wrist ban / Wrist strap
  • Hand tools
  • Test pen
  • Equipment Cleaning Kit

No comments:

Post a Comment